Dari mata turun ke hati ❤️
Kisah (26/09/2016), dah lama simpan dalam notes, baru hari ni sempat nak sharing bersama-sama untuk bakal-bakal ibu ✨
Kak dila dah bersalin? Bila kak dila pregnant? Asal Kak dila masuk hospital? Haha. Tak ramai tahu Kak dila pregnant, since masa pregnant tak share pun, yang mana kenal dan rapat je tahu. SUPRISEEE!
Bersalin C-zer? Pasaipa? Tak dapat nikmat bersalin normal. Amboi mulut. Cili kang! Tak terlintas dalam hati akan bersalin czer, hari-hari tanamkan dalam diri "all is well" untuk positifkan diri. Sebab kita yang boleh control diri kita. Sepanjang pregnancy tak pernah ada masalah kesihatan dan beberapa kali scan tak pernah pula diberitahu tentang kedudukan uri ketepi or kebawah. Keseluruhan, tiada yang perlu dibimbangkan. Kak dila happy jelah masa pregnant. Minum air gula pun seronok jugak.
Minggu ke-34, tetiba turun darah, dan bila scan, placenta cuma 3 cm dari pintu rahim, maksudnya (Placenta Previa Type 1). Bermula la perkampungan dia hospital selama dua minggu, paling trauma kena inject Dexa (ubat matangkan paru-paru bayi) tu mmg rasa semacam, dah la dua dos, kiri kanan kena inject, tapi dah sampai hospital, serah diri jelah, Kak dila redho, nak lari kemana, cer citer.
Selepas dua minggu akhirnya uri dah naik normal 5.71 cm dari pintu rahim maksudnya bebas dari PP Type 1. Maka esoknya jika tiada aral melintang boleh lah pulang ke rumah. Barang dah siap packing, yelah nak balik rumah kan.
Nak dijadikan cerita, malam tu turun darah lagi, seketul darah blooop! O&G team pun heran, tak tau punca kenapa darah duk keluar, check jalan dah buka 2 cm, baby baru 35 minggu 2 hari, masa tu benda yang dalam fikiran camna nak pegang bayi besar tapak tangan (terikut-ikut duk baca saiz bayi pra-matang biasanya besar tapak tangan), doc nak terus czer tapi saja nak lengahkan masa sambil tunggu suami sampai Malaysia. Masa tu dia ada kerja Barcelona,dah dua mingggu pun kat sana.
Jadi kak dila try mintak nak bersalin normal. Bayangkan husband br touch down di KLIA, wife whatsapp nak bersalin. Seronok dak berlari-lari di KLIA?
Beberapa jam terakhir of my pregnancy journey sangat la laju masa berlalu. Bayangkan 7 malam masuk Labor Room (LB), pecahkan ketuban sambil kak dila duk gelak-gelak sebab tak sakit apa, doktor detect abruption placenta, then memang takleh nak normal la bila dah tahu tu, terpaksa emergency czer.
7.15pm masuk Operation Theater (OT) . Time ni duk fikir, orang cakap injection yang kedua ubat bius, sakit macam berlubang tulang belakang, kak dila pun tunggu la rasa berlubang tu, rupanya tak rasa apa pun, tapi tetiba terus kaki sesemut.
7.55 pm dengar la suara baby, tapi dalam hati cepatnya, ke baby orang lain? Pura-pura buat tanya, "baby berat berapa?" "Doc: Dorang belum bagi lagi eh? Kejap lagi dorang bagi tgk.
"Eh baby dah keluar, betullah tu"
Yay! Mommy ada geng #OOTD, its a girl ! 2.17kg weight, 47cm length, thick and dark hair, she's so puuuurfect! Okay lah, kita main-main mata dulu sambil tunggu doctor habiskan kerja-kerja di sebalik tirai. Ini lah yang dikatakan "Dari mata turun ke hati". Auw!
9pm keluar dari OT, feeling dia macam orang baru sampai dari angkasa lepas. Suami pun sampai on time, baby tak payah duk dlm incubator, sbb paru-paru normal, lega.
Alhamdulillah, cuma kena stay di NICU, tapi bagus jugak sebab kak dila pun takleh nak gerak banyak, badan kaku. Benda paling terharu bila badan takleh gerak, then kau tetiba muntah. Nurse la tolong tukar baju, lap badan, tukar cadar, suap air dan etc. kalau semangat nak membantu pesakit tak kuat, lupakanlah cita-cita nak jadi nurse, kudos to the government hospital! Patutlah ada hari jururawat, jasa mereka memang tak terbalas. Semoga Allah berikan pahala berlipat ganda.
Basically bersalin tu tadelah sampai tahap trauma, sebab semua bergantung pada diri kita, kalau kita enjoy the journey, bersalin camna pun rasa seronok juga. Tunggu tengok muka anak, terus hilang segala sakit ke apa, cayalah.
Lapangkan diri, sebarkan positive vibes!
Love,
Adrina's mommy ❤️
Location: Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.
Comments
Post a Comment